Pembangunan kaedah-kaedah keselamatan pos yang baharu
7 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 6 November 2024 (Rabu) - Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) telah memberikan taklimat penting mengenai “pembangunan kaedah-kaedah keselamatan pos yang baharu” yang ditujukan kepada setiap pemegang lesen pusat perkhidmatan pos dan juga Pusat NADI yang terlibat dalam pickup and dropoff (PUDO). Fokus utama taklimat ini adalah untuk memberi kesedaran tentang keselamatan dan efisiensi dalam pengendalian pos. Taklimat ini diadakan selama 2 jam bermula 10.00 pagi sehingga 12 tengah hari secara atas talian.
Taklimat yang diadakan ini menekankan kepentingan keselamatan dalam aspek pengendalian pos, termasuk pengenalan prosedur yang lebih ketat dan penggunaan teknologi terkini untuk melindungi maklumat dan barang yang dihantar. Sesi taklimat ini juga memberi peluang kepada petugas NADI untuk bertanyakan soalan dan berkongsi pengalaman mereka dalam melaksanakan kaunter PUDO.
Perkara Ini sedikit sebanyak akan membantu merumuskan kaedah yang praktikal dan lebih berkesan, lantas mengurangkan risiko kehilangan ataupun kerosakan pos serta meningkatkan kepercayaan komuniti terhadap perkhidmatan yang disediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: